Description
Kajian ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada jururawat di unit rawatan rapi dalam menjalankan tugas yang amat besar iaitu memberikan perawatan dan penjagaan kepada pesakit terutamanya dalam melakukan sedutan tiub endotrakea. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Day et al. (2001) selain daripada pengetahuan sebagai bukti, terdapat juga jururawat yang masih meneruskan praktis yang tidak boleh digunakan lagi. Oleh yang demikian, pengetahuan dan kemahiran jururawat berkaitan dengan cara melakukan sedutan tiub endotrakea amatlah penting untuk memberikan perawatan yang berkualiti kepada pesakit.